sikit bingkasan dari mesyurat persatuan dan penubuhan koperasi usahawan cendawan kelantan berhad
18/2/2010 lepas telah berlangsungnya 2 perkara yang penting,terutama bagi survival pengusaha cendawan negeri kelantan,ianya adalah mesyurat agong ke 2 persatuan usahawan cendawan melayu kelantan (GU CENDAWAN) serta mesyurat penubuhan koperasi usahawan cendawan kelantan berhad (KULAC)... selain agenda mesyuarat tersebut kami juga telah diberikan penerangan oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia tentang kepentingan serta cara koperasi menjalankan fungsinya dalam membantu ahli-ahli,
selain itu,para ahli persatuan juga telah diberi taklimat oleh pegawai pertanian negeri kelantan mengenai,projek e-kasih iaitu satu projek dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,untuk membantu para ibu tunggal dan orang miskin,meningkatkan pendapatan sara hidup, dengan konsep kontrak farming, persatuan telah ditawarkan oleh jabatan untuk bersama sama membantu menjayakan usaha tersebut...hampir setengah juta ringgit diperuntukan untuk tujuaan ini..
persatuan dipertanggungjawabkan untuk memilih ahli ahli persatuan yang berkebolahan dan berkaliber untuk menjayakan projek ini... pengusaha yang terpilih akan dipertanggungjawabkan untuk membekalkan beg media matang sebanyak 4500,membeli kembali hasil cendawan dengan harga yang telah ditetapkan serta membekalkan kembali beg media setiap 4bulan sekali.

Currently have 0 ulasan: