cendawan timur enterprise's Fan Box
LAWATAN KE TAPAK PROJEK E-KASIH
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
23 hbln mei lepas, pihak persatuan usahawan cendawan melayu kelantan,telah mengadakan lawatan rasmi serta meninjau sendiri tapak projek E-kasih di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, bertempat di tanah merah kelantan.lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri tapak bangsal, secara puratanya hampir 100%bangsal telah siap dan bersedia untuk di masukkan beg media cendawan, kami menjangkakan beg media matang akan dimasukkan secepat yang mungkin.
selain tanah merah,beberapa daerah lain juga mendapat peruntukan yang sama,dimana pihak Persatuan diberikan tanggungjawap membekalkan beg media matang serta membeli cendawan segar dari peserta projek, dianggarkan hampir 150 000 akan dibekalkan kepada peserta E-kasih seluruh negeri Kelantan di dalam masa terdekat ni.
mesin mixer untuk pengusaha


etika sebagai blogger dan pengusaha cendawan
PENGUKUS BEG MEDIA PROMOSI
GENG USAHAWAN CENDAWAN DI FACEBOOK

KLIK DI SINI UNTUK KE GENG USAHAWAN CENDAWAN MALAYSIA@FACEBOOK
ramai rakan rakan bertanya,lama x update web..ada gak yang bertanya dah x wat cendawan ker?
sebenarnya, bkn x update atau dah tak wat cendawan..malah harian kami masih sibuk dengan membuat beg media cendawan..yang di tempah..
sebenarnya kalau perasaan bkn cendawan timur sahaja yang jarang update,ada juga web otai otai lain yang agak lama x update info terbaru di web... sebenarnya otai otai ini,macam saya jugak... menjadi hantu facebook..banyak isu isu dan perkembangan semasa,di war warkan di Geng Usahawan Cendawan Malaysia..
so saya mengambil kesempatan ini..menjemput para pengusaha..atau peminat yang belum menyertai Geng usahawan cendawan malaysia di facebook..cepat cepat add kami di sana... temui otai otai cendawan terkenal tanah air..seperti en nabil,puan zainon,pn lina,en suppat,en faisol,en azman,en khairul akmal,pn florence,pak syed.. dan ramai ramai lagi..otai setaraf artis tanah air di sana...
sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung secara online bersama mereka di sana,saya percaya, otai otai ini dengan rela hati menjawap sebarang persoalan.
jangan lupa add kami di sana
UNTUK BERSAMA KAMI KLIKGENG TULISAN MERAH DI ATAS..........
JUMPA DI SANA
KURSUS CENDAWAN KEMBALI
Kursus Cendawan
Yuran: RM180 seorang
RM 300 bagi dua orang
Tarikh: ditentukan oleh peserta
Masa:
9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Teratak Cendawan Timur Ent
belakang pasar borong wakaf che yeh
15100 kota bharu kelantan
Kursus dijalankan secara teori (10%) dan praktikal (90%).
Modul kursus
** tips pemilihan dan perkenalan bahan mentah**
** tips dan pratikal membuat beg media (secara manual)**
** tips dan pratikal cara mengukus beg media**
** tips dan pratikal cara menyuntik benih ke dalam beg media**
** penerangan jenis bangsal cendawan mengikut kesuaian tempat serta menjimatkan kos**
** pengenalan penyakit dan cara mencegah dan merawatnya**
** cara dan tips pembungkusan cendawan segar bagi mengelak cepat rosak**
** pengenalan jenis jenis produk hiliran mengunakan cendawan**
peserta juga akan dibekalkan dengan
nota . makan minum . sijil penyertaan . cenderamata untuk di bawah pulang.
jika masih tidak fahami atau ragu ragu
peserta juga boleh menyertai kursus cendawan kali ke 2 tanpa sebarang bayaran
istimewa kepada peserta kursus.......... belian beg media setiap 1ribu beg potongan rm50 akan diberikan.........terhad untuk belian hingga 10ribu beg sahaja...
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, bolah hubungi kami untuk tempahan tempat..(terhad bagi untuk 10 orang peserta setiap masa)hubungi 0139529040 untuk menyertai kursus ini..
dugaan tahun baru
awal tahun ini byk sangat dugaan terbaru dari tuhan untuk kami...satu lagi pengalaman yang mendewasakan perniagaan dan hidup kami... bermula dengan serangan tikus,ulat...kemudian kembalinya ejen kami ke hadrat ilahi,beliau yang selalu tolong kami membeli mesin mesin dari bangkok...sekaligus menyebabkan kami terpaksa mencari ejen yang lain untuk membeli mesin..terutama mesin begging..sekaligus menyebabkan kelewatan tempahan mesin tersebut..kami memohon jutaan maaf kepada pelanggan kami keatas kelewatan tersebut...perancangan yang teliti,tapi disebabkan kejadian yang tidak dapat dielakkan,menyebabkan kami tidak dapat membekalkan mesin seperti masa yang dijanjikan...
selain tu..kami juga terpaksa menyiapkan beg media dengan secepat yang mungkin..bagi memenuhi permintaan beg terutama dari luar kelantan..dari pengamatan kami..tidak kurang 8k beg media setiap bulan ditempah,dari luar kelantan..so untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik..tapi terpaksa melipat gandakan produktivi penghasilan beg media,..terima kasih kepada sahabat-sahabat kami merangkap pekerja kami..yang bersusah payah dari pagi hingga larut malam menyiapkan beg..nanti bos kaya..naik gaji yekk!!!
Kada sedia Rm4juta untuk 4 projek-Berita Harian-
Kada sedia RM4j untuk empat projek
KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) memperuntukkan RM4 juta untuk melaksanakan empat program meningkatkan pendapatan membabitkan 400 peserta bagi Parlimen Bachok, Ketereh, Pasir Mas dan Tumpat.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata Kada sudah mengenal pasti empat projek membabitkan ternakan ikan keli untuk tujuan pembuatan sosej keli, penternakan kambing bagi pasaran daging serta baka, penanaman cendawan khusus kegunaan segar dan juga tanaman cili secara kontrak.
Katanya, bakal peserta yang berminat untuk terbabit dalam projek berkonsepkan kelompok dan terancang itu boleh mengemukakan permohonan kepada Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) kawasan masing-masing atau Kada, sebelum akhir bulan ini.
“Empat Parlimen ini mempunyai 13 Dewan Undangan Negeri yang mana kita setuju sekurang-kurangnya satu kelompok akan dibentuk dalam satu kawasan terdiri daripada 30 hingga 40 peserta dengan peruntukkan RM300,000 hingga RM400,000 (bagi setiap kelompok).
“Kita sekarang buka (tawaran) kepada sesiapa yang berminat untuk sertai program ini, setiap peserta akan disediakan peruntukkan lebih kurang RM10,000 mengikut garis panduan ditetapkan, dan pemohon mestilah mereka yang terdaftar dalam e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.
pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Annuar yang turut menyelia pelaksanaan projek membabitkan semua kelompok itu nanti akan memastikan setiap perkembangan dilaporkan secara bertulis serta bergambar setiap dua minggu dan dilaporkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dalam Perkembangan lain, Annuar berkata, Kada akan melatih 30 orang peserta berumur bawah 40 tahun untuk menjalani kursus menanam sayuran di dataran tinggi sebagai usaha membantu golongan berkenaan menjana pendapatan tinggi.
Katanya, setiap peserta terpilih akan menerima elaun sara diri bulanan RM1,000 serta elaun lain sepanjang menjalani latihan amali minimum enam bulan di ladang fertigasi di Lojing.
"Selepas tamat amali enam bulan, mereka akan dipertimbangkan mengusahakan plot dalam kawasan latihan Kada antara setengah hingga seekar setiap orang secara moden.
"Kita berharap dapat melaksanakan sepenuhnya menjelang awal tahun 2011, kursus kita jangka bermula pertengahan tahun ini dan berakhir akhir tahun sebab Kada memerlukan masa untuk buat ladang, apabila mereka tamat kursus pada akhir tahun maka mereka boleh jadi pengusaha sayur berkualiti tinggi.
"Permohonan boleh dikemukakan kepada Kada atau melalui mana-mana pertubuhan peladang kawasan selewat-lewatnya akhir Mac ini," katanya.
sikit bingkasan dari mesyurat persatuan dan penubuhan koperasi usahawan cendawan kelantan berhad
18/2/2010 lepas telah berlangsungnya 2 perkara yang penting,terutama bagi survival pengusaha cendawan negeri kelantan,ianya adalah mesyurat agong ke 2 persatuan usahawan cendawan melayu kelantan (GU CENDAWAN) serta mesyurat penubuhan koperasi usahawan cendawan kelantan berhad (KULAC)... selain agenda mesyuarat tersebut kami juga telah diberikan penerangan oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia tentang kepentingan serta cara koperasi menjalankan fungsinya dalam membantu ahli-ahli,
selain itu,para ahli persatuan juga telah diberi taklimat oleh pegawai pertanian negeri kelantan mengenai,projek e-kasih iaitu satu projek dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,untuk membantu para ibu tunggal dan orang miskin,meningkatkan pendapatan sara hidup, dengan konsep kontrak farming, persatuan telah ditawarkan oleh jabatan untuk bersama sama membantu menjayakan usaha tersebut...hampir setengah juta ringgit diperuntukan untuk tujuaan ini..
persatuan dipertanggungjawabkan untuk memilih ahli ahli persatuan yang berkebolahan dan berkaliber untuk menjayakan projek ini... pengusaha yang terpilih akan dipertanggungjawabkan untuk membekalkan beg media matang sebanyak 4500,membeli kembali hasil cendawan dengan harga yang telah ditetapkan serta membekalkan kembali beg media setiap 4bulan sekali.
DAFTAR SESSI TAKLIMAT PERCUMA ATAU PERTANYAAN DI SINI
BEG MEDIA CENDAWAN
Kini kami menjual beg media 80%``100% matang dengan harga rm1.20/sebongkah,
PENGHANTARAN BOLEH DIURUSKAN
KOS PENGHANTARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
(terenganu rm100-300)bergantung kepada tempat
(lain-lain tempat rm300-500)bergantung kepada tempat\
kerosakan beg media akan diganti...
dedak padi untuk murah termasuk penghantaran

dedak halus
= rm0.85 (bagi bwh 3tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia
= rm0.80sen(bagi atas 3tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia
dedak kasar
= rm0.065sen (bagi bwh 3tan) termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia
= rm 0.060sen (bagi atas 3 tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysi
PERAM DAN NECK UNTUK PEMBORONG

KAMI MENAWARKAN HARGA BERIKUT KEPADA MEREKA YANG BERMINAT MENJADI PEMBORONG BARANGAN CENDAWAN
LEHER = RM 0.055/Seunit
PERAM = RM 0.055/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.03/Seunit
harga adalah bagi tempahan 30 ribu hingga 100 ribu
LEHER = RM 0.05/Seunit
PERAM = RM 0.05/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.02/Seunit
harga adalah bagi tempahan 100ribu hingga 200ribu
LEHER = RM 0.045/Seunit
PERAM = RM 0.045/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.019/Seunit
harga adalah bagi tempahan 200 ribu keatas
penghantaran boleh diuruskan dengan tambahan rm1.50/kg berat barangan
HYGROMETER (PROMOSI KHAS)

HYGROMETER (PROMOSI KHAS)
ianya adalah alat wajib bagi pengusaha cendawan.digital serta boleh mengukur suhu dan kelembapan bangsal cendawan
features:
indoor thermometer with hygrometer
max-min temperaure&humidity memory function
temperaure range :indoor :10C to 60C (14f to 140f)
3 meter sensor wire LCD viewing
size 115x60x20mm
use 1x1.5 volt aaa battery
rm 80(termasuk penghantaran)
tempahan melebihi 5 unit rm 70 shj
MESIN BEGGING 8 LUBANG
HANYA RM 12000
buatan thailand
terhad untuk tiga unit
berkemampuan menghasilkan 6ribu bongkah sehari
mengunakan plastik 3x16setengah
(bagi yang mengunakan 3x16 juga boleh digunakan tetapi mesti ditempah khas,harga sama)
termasuk penghantaran
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)







